skip to main | skip to sidebar

strongpipe


LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday, March 15, 2010

Nama syaitan laknat yang Wujud dalam Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Semoga boleh dimanfaatkan

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan Nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari' "Mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan....!!!!"
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu: -

"AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan Dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang Sentiasa membaiki bacaannya.."

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,Insya-Allah.
wassalam.


Posted by strongpipe at 8:07 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Diri Ambo

My photo
strongpipe
Beramal,Berusaha, Bersyukur & Redha dgn ketentuan Ilahi
View my complete profile

Kias Fansuri

HIDUP SEMENTARA MATI


Beginilah kita...
Yang tercipta dari segumpal darah
Pekat dan bernadi
Kepada seorang anak kecil
Tidak tahu apa-apa barangkali
Merengek dan menangis
Itu saja ....
Permainan dengan ibu
Masih terlalu manis

Pun jadi anak remaja
Untuk dewasa pada buana
Bercorak , besegi
Memberi warna dalam kehidupan
pada hati barangkali
Lebih muktamad untuk dosa
Dari berbuat pahala sejuta kali

Dirasakan terlalu kosong ruang ini
Sekadar menghitung waktu
Bertukar memanjatkan umur
Sedangkan ragam hidup adalah serupa
Sesekali kekaburan makna barangkali
Kerana kitalah si peminjam usia
Yang hidup sementara
Untuk mati bertandang pula


Kenangan Yang Pahit Lebih Bermakna dari Mimpi Yang Indah

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk di redah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan, Kata hati.."Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir". Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masadepan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya....Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...moga akan kembali ceria kehidupan seterusnya nanti...

Never love the love that hurts...
Never hurt the love that loves...!!!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SELEKIAN ALAM
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

Semoga kita sentiasa dinaungi cinta dan kasih ALLAH
TAK BANYAK YANG DAPAT DI GAPAI DALAM MENGHARUNGI SISA2 HIDUP YANG BERBAKI..BELAJARLAH DARI KESALAHAN ORANG LAIN KERANA HIDUP INI TIDAK BEGITU PANJANG UNTUK MENDAPATKAN ITU SEMUA DARI DIRIMU SENDIRI

"USAH GELISAH APABILA DI BENCI MANUSIA, KERANA MASIH RAMAI LAGI YANG MENYAYANGI MU DI DUNIA, TAPI...TAKUTLAH KAMU APABILA DI BENCI ALLAH, KERANA..TIADA LAGI YANG MENGASIHANI KAMU DI AKHIRAT KELAK"


Blog Archive

  • ►  2012 (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2010 (5)
    • ►  April (4)
    • ▼  March (1)
      • Nama syaitan laknat yang Wujud dalam Al-Fatihah
  • ►  2009 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)

Pengikut

Ruangan Al Quran

  • MP3 Quran
  • QuranFlash
  • Bacaan & Terjemahan

Ruang Ilmu

  • Ceramah & Taskirah
  • Ibnu Muslim

Berita Alternatif

  • Danialirfan
  • TeranungKite
  • MalaysiaToday
  • BuletinOnline
  • CheguBad
  • UtaraOnline
  • KedahLanie
  • PahangDaily
  • Malaysiakini
  • Harakah

Video Pilihan

(Sidang Dun T'ganu 1)
(Sidang Dun T'ganu 2)
(Sumpah Munafiq)